Wednesday, March 25, 2009

Penglibatan Dr Lim Swee Tin dalam karya kreatif

LATAR BELAKANG DR LIM SWEE TIN


Dr Lim Swee Tin merupakan anak jati Kelantan yang merupakan salah seorang deklamator yang telah berjaya muncul menjadi orang yang pertama antara yang berjaya dalam bidang penulisan kreatif dan merupakan seorang deklamasi sajak yang amat disanjungi. Mempunyai kelulusan Sijil Perguruan (MTC, Penang) B.Ed. (UPM) M.A. (UPM) PHD.(UPM) Cert.Ed.(UPM). Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden Teori Kesusasteraan,Kritikan Kesusasteraan, Kesusasteraan Bandingan Penglahiran Bakat & Penulisan Kreatif (Puisi,Cerpen,Novel,Drama). Beliau juga kini merupakan pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia yang mengajar subjek sejarah kesusateraan Estetika dalam kesusateraan Melayu, Penulisan (Puisi,Cerpen,Novel,Drama). Selain itu juga Dr Lim swee Tin juga merupakan Penasihat Produksi Istana Budaya, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Penasihat Segmen Sei Budaya, Ratio Televisyen Malaysia (RTM), Kementerian Penerangan Malaysia, Ahli Jawatankuasa Sastera, Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Panel Penilai Skrip Drama Dewan Bandaraya Kuala Lumur, Kementerian Wilayah Persekutuan, Penasihat Kurikulum Bahasa Melayu, Sekolah-sekolah Persendirian Cina Malaysia. Antara kajian-kajian yang telah dilakukan beliau ialah dalam bidang kesusateraan Melayu Tradisional, pantun, peribahasa, kesusateraan Melayu Moden, kritikan dan penulisan kreatif.
Pada sejarah awal peglibatan beliau dalam bidang penulisan kreatif dan mendeklamasikan sajak adalah bermula sejak era 70-an lagi. Pada waktu itu tidak banyak deklamator yang muncul untuk mendeklamasikan sajak kerana tidak terdedah lagi dengan suasana deklamasi sajak secara terbuka. Pada waktu itu, Dr Lim Swee Tin telah mula berjinak-jinak mengikuti kumpulan teater iaitu "teater Malini", walaupun bukan menjadi salah seorang ahli kumpulan secara langsung namun beliau amat menyanjungi dan sentiasa memberi sokongan kepada teater tersebut kerana pada era 70-an teater tersebut amat aktif membuat persembahan. Walaupun pada awalnya hanya memberi sokongan kepada kumpulan teater, namun pada hakikatnya sebenarnya beliau sudah lama meminati bidang deklamasi secara senyap-senyap. maka akibat daribat minat yang mendalam dalam bidang deklamasi sajak, pada tahun 1973, Dr Lim Swee Tin secara senyap-senyap telah aktif mendeklamasikan sajak di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Pada bulan ogos tahun1973 bersemperna sambutan bulan kemerdekaan, beliau telah diundang untuk mendeklamasikan sajak sebagai orang yang pertama merasmikan acara pembukaan tersebut di Dewan Besar Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Pada waktu itu Dr Lim Swee Tin telah mendeklamasikan sajak yang berjudul "31 Ogos". Selain daripada itu juga, Dr Lim Swee Tin begitu aktif menyampaikan deklamasi sajak di merata tempat dan keaktifannyan telah menyebabkan beliau dilantik sebagai pengadil oleh Jabatan Pelajaran Malaysia untuk deklamasi sajak peringkat sekolah.

kejayaan beliau dalam mendeklamasikan sajak mula berkembang sehingga ke era 80-an, pada tahun itu beliau begitu giat menyampaikan puisi di merata tempat termasuklah di luar daerah Kelantan. Acara pertama beliau adalah diperingkat serantau iaitu pada acara "Hari Puisi Nasional Malaysia" pada tahun 1981. Selain daripada itu juga , Dr Lim Swee Tin telah diberi memberi bimbingan kepada pelajar dan peminat dalam bidang penulisan kreatif untuk mendeklmasikan sajak dan beliau juga kerap diundang ke radio iaitu dalam rancangan "sastera" untuk diwawancara sekaligus mendeklamasikan sajak semperna "Hari Sastera Malaysia" termasuklah pertemuan sasterawan Nusantara di Singapura.
Pada tahun 1990, merupakan zaman pemantapan Dr Lim Swee Tin dalam melebarkan sayap untuk mendeklamasikan sajak ini ditambah lagi apabila beliau dipilih untuk mewakili Malaysia pada acara "pengucapan puisi dunia" tahun 1990 yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. seterusnya melebarkan sayapnya mendeklamasikan sajak di Indonesia pada tahun 1995 sehingga ke hari ini.


Wednesday, March 18, 2009

tokoh bahasa

Jawatan yang di sandang oleh Dr Lim Swee Tin

1.Penasihat Produksi Istana Budaya, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

2. Penasihat Segmen Sei Budaya, Ratio Televisyen Malaysia (RTM), Kementerian Penerangan Malaysia.

3. Ahli Jawatankuasa Sastera, Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. Panel Penilai Skrip Drama Dewan Bandaraya Kuala Lumur, Kementerian Wilayah Persekutuan.

5. Penasihat Kurikulum Bahasa Melayu, Sekolah-sekolah Persendirian Cina Malaysia.


pensyarah di Universiti Putra Malaysia

1.Sejarah Kesusasteraan

2.Estetika dalam Kesusasteraan Melayu

3.Penulisan (Puisi,Cerpen,Novel,Drama)