Wednesday, April 15, 2009

ketika kalimat

Kisah aku ni berlaku pada genap aku semester ke 6 iaitu sem akhir. Walaupun mungkin pada korang semua kisah aku ni biasa je tapi pada aku kisah aku ni memang paling best la dalam diri aku, kira world la bak kata mawi…kueng..kueng…mulanya pada awal januari 2009, alkisahnya macam ni, aku ni kat upm program bahasa dan linguistic melayu, jadinya matapelajaran yang wajib aku dan budak-budak sama course aku kena ambil ialah Bahasa dalam Multimedia. Wow, terdetik kat hati aku tak sangka walaupun aku ni ambil bahasa tapi IT pun kena ambil tu. Yela kalau nak diikutkan hati aku memang la aku minat tentang media-media ni, maklumlah kawan baik aku menggelarkan aku gila glamour, huhu. Mula-mula nak mulakan kelas tu biasa je perasaan aku, yelah dah lama cuti panjang ni bila dah naik sem liatlah sikit. Ikut dalam smp pensyarahnya Dr Normaliza, selalunya pernah dengar nama je tapi kalau lalu kat sebelah aku conform aku tak kenal…hehehe, jangan terasa je Dr Normaliza, yela bukan Dr Normaliza tak glamour tp aku je yang tak nak ambil port. Kononnya sibukla aku ni mengalahkan artis…hahaha.
Tibalah masa yang taklah aku nantikan sangat iaitu kelas Bahasa dalam Multimedia pada hari rabu minggu pertama kelas iaitu pada jam 12.00-2.00 pm, maklumlah kelas aku pada hari rabu penuh lah juga itu yang membuat kan aku sedikit letih dan harapan aku kelas ini dapat menceriakan aku. Aku pun macam biasalah datang kelas, dalam kotak fikiran aku terlintas juga macam manalah nanti Dr Normaliza yang mengajar garang ke, serious ke macam-macamlah tapi yang penting pada aku kalau boleh senanglah nak scor A. secara tiba-tiba kelas yang tak berapa sunyi itu dikejutkan dengan suara yang boleh tahan kuat tapi manja-manja gitu…hahahaha, rupanya kehadiran Dr Normaliza yang menyedarkan kami dari alam khayalan. Jeng…jeng…jeng saat ini baru aku bersemuka dengan Dr Normaliza, rupanya selalu aku Nampak Cuma tak tahu nama je. Dr Normaliza datang dengan sempoinya, walaupun pertama kali bersemuka dengan Dr tapi aku dapat rasakan Dr memang seorang yang baik walaupun amat tegas. Aku juga merasakan kelas ini akan ceria sehingga tamat kelas nanti.
Pada hari pertama kelas kami semua kena tubuhkan satu kumpulan yang seramai enam orang ahli, penubuhan kumpulan aku adalah yang paling terakhir yang disertai oleh Icam yang perasan hero, hehehe, aku iaitu Erin yang comel, Mc Deck yang comel tangga kedua dari aku, Ekin bakal bergelar mama kepada aiman, Yj yang amat sporting dan gila-gila dan Hellen yang sempoi. Setelah memerah otak untuk memberikan nama kumpulan, kami telah memilih nama Lestary sebagai nama kumpulan kami…em mungkin pada korang nama tu taklah sesedap mana tapi bagi kami nama itu memang cukup-cukup sempoi…hahaha..saje je aku nak sedapkan hati sendiri. Cuba korang bayangkan Dr Normaliza memberi kata yang cukup menggetarkan seluruh jiwa dan raga apabila membuat keputusan dengan memberitahu sekiranya salah seorang ahli kumpulan tidak hadir maka markah tidak akan diberikan kepada semua ahli kumpulan kami.
Cuba korang bayangkan sejenak pada hari pertama je Icam sudah datang lewatlah, puas kami menghubunginya rupanya dia ada kat rumah nak taknak dia terpaksa la bergegas untuk datang ke kelas walaupun terlambat. Siapa tak kenal Icam pemain bola untuk Selangor tu, walaupun glamour juga tapi Icam macam biasalah dia memang suka make attention bak kata Dr Normaliza pelakon terhebat…hehehe. Mesti korang pelikkan sebenarnya aku tak janggal dengan Icam ni sebab dah kenal dia sejak sem satu lagi masa kelas Penglahiran Bakat dan Karya Kreatif dibawah kelolaan Dr Lim Swee Tin. Itu yang membuatkan kepala kitaorang masuk dengan dia.
Tapi kalau korang nak tahu kumpulan kami ni ada saingan tau setiap kali ada kelas sapa lagi kalau bukan kumpulan Broadcaster yang dianggotai oleh Miro jejaka jambu, ben yang di gelar ben 10, Shuq yang glamour dengan tag line “ok”, Ida bakal mama yang comel, kak Ida bisnes perfume yang berjaya…kalau korang nak tahu biasanya kumpulan aku ni selalu juga saling bersaing dan pura-pura dengki tapi sebenarnya saja-saja je menyakat. Lagi-lagi kat abang Miro yang jambu tu, selalu sangat menyakat, tapi dia baik lagi-lagi kalau dia menyanyi mengalahkan kumpulan samsons, hahaha, lagi-lagi Ben mula-mula ingat cam sombong je, rupanya sangat-sangat peramah. Kitaorang penah juga lepak sama pergi makan kat falkulti perhutanan, tapi yang penting kepala dia memang gila-gila macam aku juga.
Pada hari pertama kelas kami telah diberitahu untuk membawa majalah, gam dan sebagainya untuk membuat e-majalah, aku tak sangka pada saat ni aku main gunting-gunting dan tampal majalah, walaupun Nampak mudah tapi sebenarnya ianya perlukan IQ yang tinggi dan kepekaan yang amat dalam bagi memastikan tugasan kami betul dan seperti yang dikehendaki oleh Dr Normaliza, akhirnya tugasan kami selesai dan kami telah mendapat A+ dalam tugasan ini, betapa gembiranya hasil kerja kami sekumpulan membuahkan hasil. Tapi yang paling kelakarnya sampai sekarang icam selalu panggil Yj dengan nama Yujin. Em memang kelakar tapi Yj memang jenis tak kisah dia pun layankanlah Icam tu. Walaupun pada tugasan pertama sudah terasa penatnya namun aku dapat rasakan kelas ini memang enjoy dan happy la.
Setiap kali kelas semua kumpulan macam biasa mesti ada tugasan yang harus diselesaikan, tapi perkara yang tak boleh aku lupa bila Dr Normaliza menyuruh kami mengambil gambar di luar kelas dengan posing bersahaja mengikut kata pepatah atau bidalan, em mula-mula rasa macam janggal la juga nak posing, tapi disebabkan aku ni suka tangkap gambar apalagi inilah masanya untuk menunjukkan bakat yang dah lama terpendam…hahaha..walaupun di bawah cahaya matahari yang amat terik namun kami gagahkan diri untuk menghasilkan kerja berkumpulan yang terbaik. Tapi yang buat aku tergelak sampai sekarang bila aku teringatkan kesungguhan Icam dalam menghasilkan tugas ni, sampai sanggup baring di atas jalan raya dan yang paling lucu sanggup panjat pokok, selain itu juga icam telah menunjukkan kebolehannya untuk mengayakan posing terbang, ala terbang macam superman gitu. Tak ku sangka jejaka yang ku sangka cover macho dan yang tak pemalu sangat tu seorang yang mempunyai jiwa yang amat selamber.
Selain itu kesempatan di buat apabila kami telah mengambil gambar Ekin yang berbadan dua untuk diselitkan kedalam tugasan kami. Maklumlah nak bersesuai dengan pepatah yang kitaorang pilih iaitu “berbadan dua”, aku bersama Mc Deck juga tidak melepaskan peluang apabila berposing dengan memegang wang yang banyak seolah-olah menggambarkan kami mata duitan, walaupun pada gambar yang kami ambil terselah wajah kami mata duitan tapi sebenarnya hati kami tidak begitu, kerana pada aku wang tidak menjanjikan kebahagiaan. Tapi tak lupa juga kitaorang berposing seolah-olah merebut Icam yang dikelilingi bidadari…huhuhu.
Pada aku yang paling kelakar apabila Helen telah berposing gaya-gaya makan angin tapi hasilnya Nampak seperti dia menguap akibat mengantuk, selain itu juga Yj yang amat sporting telah membuat pelbagai gaya yang amat menarik untuk diselitkan dalam tugasan kami. Walaupun kami bukanlah camera man profesional namun kami juga ada bakat dan kreativiti yang terpendam. Pandai ke tak pandai ke tugasan ini harus kami selesaikan. Berpeluh juga la nak posing ni maklumlah perlu komitmen yang tinggi.
Tapi yang paling menarik bagi aku apabila dapat pengalaman mempunyai tenaga pengajar seperti Dr Normaliza, bukan sahaja mempunyai jiwa yang sempoi, tetapi garang-garang manja gitu. Tapi yang buat teringat sehingga sekarang apabila sekali Dr Normaliza say “No” perh… terus kami lost idea, idea dan alasan yang berlegar-legar dalam otak kami terus termati di situ. Tiada talian hayat langsung…hehehe. Pernah sekali Dr Normaliza melarang kami semua datang ke kelas dengan memakai selipar, tapi aku terlepas la sebab aku sentiasa menjaga penampilan semasa datang ke kuliah…ceh perasan pulak aku. Pada waktu itu tergambar muka yang amat cemas oleh Mc Deck. Mesti korang nak tahu kan kenapa sebab Mc Deck ni banyak-banyak kasut dia suka pakai kasut yang macam selipar biasa tu, ala senang cerita macam selipar pergi toilet la…hehe…jangan marah ye Mc Deck. Sejak dari itu atas desakan Dr Normaliza dia telah mengorbankan duitnya untuk membeli kasut di Prima Vera…hahaha siap ada diamond lagi kalau confirm Dr Normaliza nampak punyalah , sebab kalau korang tak Nampak memang perkara yang amat sukar dipercayai, hehehe. Aku macam biasalah bab gelakkan orang ni nombor satu tapi hanya suka-suka je takda niat papepun.
Pernah sekali apabila kami telah diberikan tugasan papan iklan, jadi kitaorang terpaksala melukis, yela bakat aku ni dah lama terpendan. Seingat aku kali terakhir aku melukis dekat kertas lukisan masa aku di tingkatan 2. Tak sangka bila sem akhir ni aku dapat pegang kertas lukisan dan melukisan di atasnya, Seperti biasa kumpulan Lestary dan Broadcaster akan bersaing, tapi yang tak boleh aku lupakan apabila Miro dari Kumpulan Broadcaster tu mula la menyakat kitaorang mengutuk bentuk botol perfume hasil karya kreatif icam…hahaha. Ada ke dia kata bentuk botol perfume tu macam zaman kuno, tak kreatif la, macam-macamla. Tapi sebenarnya dalam hati kecil aku pun nak gelak juga. Tapi kami harus memberi semangat dan menyokong hasil usaha yang ditonjolkan oleh ketua kumpulan kami iaitu icam. Walaupun tak secantik mana tapi pada kami rekabentuk dan lukisan kami adalah yang paling cantik sekali.
Ahli kumulan kami telah berusaha untuk melukis walaupun hasilnya kurang kemas tapi pada kami itu adalah yang paling menarik, saat ini yj telah menunjukkan bakatnya yang memang pandai melukis, Dr Normaliza menyuruh kami menghantar tugasan kami di biliknya apabila genap jam 2.00 petang, sekiranya lewat tugasan kami tidak akan diterima, apalagi kelam kabut dibuatnya, pada saat itu kumpulan broadcaster telah mendahului kami untuk menghantar tugasan, apabila kami tiba di bilik Dr Normaliza hanya tiga sahaja lukisan kami diterima kerana kurang kemas dan kami diarahkan untuk membuatnya semula, tapi kelakarnya kumpulan Broadcaster Dr hanya menerima satu sahaja lukisan. Miro dengan muka hampanya setelah menyakat kami mula memperbaiki lukisannya di latar siswa. Setelah berusaha untuk melukiskan yang terbaik hasilnya Dr Normaliza menerima lukisan kami dengan senang hati.
Pernah sekali bila Miro buat lawak dengan menyanyi dalam kelas dengan mukanya penuh perasaan di depan aku. Aku ni yang dah tak tahan menahan gelak dengan Mc Deck terus tergelak besar, habis keayuan aku yang selama ini terserlah hilang akibat ketawa besar aku…hahaha. Sampaikan Icam cakap dengan Miro selama dia kenal aku tak pernah dia dengar dan nampaj ak gelak macam tu sekali. Habis Icam pun gelakkan aku. Malu aku, tapi takpe aku jenis sempoi tak kisah punya, yang penting hidup ni kena enjoy. Tapi tak dapat dinafikan gandingan Icam dan Miro adalah satu gandingan yang hebat sebab dorang ni happy go lucky dean amat sporting orangnya.
Tapi tak dilupakan juga beberapa pengalaman dan ilmu yang di timba semasa tutorial bahasa dalam multimedia aku pada tiap malan rabu pada pukul 8.00-10.00 malam. Betapa rajinnya aku menimba ilmu untuk merealisasikan harapan aku dan kedua ibubapaku yang selama ini banyak berkorban. Kelas ni dikendalikan oleh tutorial yang bernama cik Azmah, orangnya lemah-lembut sebenarnya, em muda lagi. Semasa di kelas ni –pada awalnya kami di ajar untuk membuat powerpoint, walaupun benda ni aku dah biasa buat tapi rupanya ada benda yang aku tak tahu lagi iaitu memasukkan lagu dalam powerpoint, hasil dari tunjuk ajar cik Azmah akhirnya aku kini aku sudah pandai untuk memasukkan lagu dalam powerpoint.
Seterusnya kami di ajar untuk membuat web walaupun seumur hidup aku tak pernah buat web tapi ini adalah kali pertama aku menghasikan web dari usaha aku sendiri. Selain itu juga kami di ajar untuk membuat kalendar, ini adalah pengalaman pertama aku untuk membuat Kalendar, yela selama ni kalendar kan dapat free je, tapi kali ni aku begitu excited untuk menyiapkan tugasan ini untuk di print, pelbagai gambar-gambar yang menarik aku masukkan termasuklah gambar kawan-kawan baikku selama ini yang berlatar belakangkan permandangan di luar Negara. Tugasan yang terakhir kami ialah menyiapkan blog, pada kali ni kami haruslah melakukan sesi temuramah ke atas sesiapa yang banyak menyumbangkan bakti dan jasa, kali ini aku telah memilih untuk menemuramah Dr Lim Swee Tin, oleh kerana sudah banyak kali aku mempunyai kelas dengan Dr Lim Swee Tin jadi sesi temuramah ini berjalan dengan mudah dan lancar. Akhirnya blog ini dapat dihasilkan daripada hasil pengorbanan aku dan titik peluh aku sendiri.
Sekarang ni aku nak cerita pengalaman yang paling menarik yang aku tak pernah alami selama ini, tetapi semasa mengikuti kelas ini aku akhirnya merasainya. Pada kali ini Dr Normaliza telah memberikan tugasan kepada kami iaitu dengan mengarahkan kami untuk pergi ke Rumah Amal mahupun Rumah Anak-Anak Yatim yang berada di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan aku iaitu Lestary telah bergabung tenaga dengan kumpulan Broadcaster atas persetujuan bersama kami telah memilih Rumah Amal Limpahan Kasih yang terletak di Puchong, rumah ini telah meletakkan anak-anak yatim, anak-anak daripada golongan yang susah dan pelbagai latar belakang keluarga. Sebelum berkunjung ke Rumah Amal Limpahan Kasih aku, Mc Deck, Ekin, Icam dan Miro telah berkunjung ke Rumah Amal tersebut untuk berjumpa dengan pengetua di Rumah tersebut bagi memohon kelulusan untuk menjalankan aktiviti di sana, kunjungan kami di sambut baik oleh pengetua Rumah tersebut dan ketika itu Icam selaku pengarah program telah mengadakan sesi perbincangan bersama pengetua di Rumah tersebut, akhirnya kami mendapat kelulusan daripada pengetua di Rumah Amal Limpahan Kasih tersebut.
Tetapi perkara yang amat menarik dan sedikit meletihkan apabila aku selaku bendahari dan Mc Deck selaku ajk cenderahati telah berusaha untuk membeli barangan cenderahati untuk penghuni Rumah Amal Limpahan Kasih tersebut, kami telah membelinya di Kajang dan apabila balik tu memang amat-amat letih lah, apalagi nak mengangkut barang-barang yang banyak untuk cenderahati naik ke Top floor maklumlah kami ni duduk kolej. Keesokkan harinya seharian kami telah membungkus kesemua cenderahati untuk diberikan kepada anak-anak yatim tersebut. Sakit juga bahu aku ni. Tapi itu tidak jadi masalah yang penting program kami berjalan dengan lancar. Setelah semua tugasan yang telah dibahagikan ke atas diri masing-masing selesai kami telah bersetuju untuk melaksanakan program kami.
Sebelum hendak bertolak Dr Normaliza telah mengarahkan kami berjumpa dengannya seminggu sebelum hendak pergi ke Rumah Amal tersebut, tujuannya ialah Dr Normaliza hendak mengetahui tugasan masing-masing dan kelancaran aktiviti kami. Kami telah membuat temujanji pada jam 12.00 tengahari, namun setelah kami semua berkumpul tiba-tiba kelibat Ben tidak muncul. Perkara ini amat merumitkan kami kerana sekiranya salah satu ahli kumpulan tidak ada perjumpaan itu terpaksa dibatalkan. Perkara itu amat merumitkan kami kerana bukan mudah untuk kami mengadakan perjumpaan serentak, maklumlah lain-lain program dan lain jadual. Setelah menunggu hampir berjam-jam kami telah mengetahui bahawa Ben telah berusaha keras untuk meminta sponsor majalah, kesungguhannya amatlah kami hargai dan kami tidak kisah dimarahi oleh Dr normalize kerana Ben telah pergi berjuang untuk program kami. Hasil pujuk rayu dengan Dr Normaliza akhirnya Dr memberi kata yang amat ditakuti oleh kami iaitu “No”,huhuhu.
Akhirnya kami telah membuat temujanji semula bersama Dr Normaliza keesokkan harinya, kami telah berkorban dengan adanya diantara mereka yang sanggup ponteng kelas semata-mata merealisasikan perjumpaan kami. Keesokkan harinya kami telah mengadakan perbincangan bersama Dr Normaliza, kami di brain wash sedikit bagi memantapkan aktiviti kami akhirnya persetujuan dan kelulusan telah diberikan oleh Dr Normaliza.

Genap pada 29.3.2009 pada pukul 7.00 pagi kami telah berkumpul di fakulti bahasa Moden dan Komunikasi, pelbagai kisah yang lucu kami alami, perasaan pada awalnya excited juga nak menjalankan misi yang tidak pernah kami jalankan. Pada awalnya Dr Normaliza mahu mengikuti kami tapi terbatal pada saat-saat akhir atas perkara yang tidak dapat dielakkan. Hasil daripada kunjungan kami juga beberapa sumbangan yang kami terima daripada badan perseorangan mahupun badan lain. Apabila semua telah berkumpul dan memasukkan barangan ke dalam kereta yang sememangnya amat sarat, pada waktu itu hujan sedikit renyai-renyai namun tidak langsung mematahkan semangat kami untuk menjalankan misi ini. Tibalah waktunya kami pun memulakan perjalanan kami dengan penuh keriangan pelbagai video dan gambar yang menarik telah kami ambil untuk memenuhi syarat tugasan kami. Tugasan untuk mengambil video pada waktu itu dijalankan oleh Shuq dan Miro, mereka telah melakukan tugasan dengan Berjaya sekali hingga ke akhir aktiviti kami sampaila bateri video cam tu dah nak habis.
Setibanya kami di Rumah Amal Limpahan Kasih kami dikejutkan dengan berita bahawa kami terpaksa berpindah lokasi dengan pergi ke asrama puteri, sesampianya kami di sana, kami disambut dengan baik oleh penjaga asrama tersebut, aktiviti dimulakan dengan sukaneka, inilah kali pertama aku telah melibatkan diri dalam aktiviti sukaneka bersama anak-anak yatim. Tapi ini merupakan pengalaman yang paling best dalam hidup aku, pada waktu tengahari kami telah keluar beramai-ramai untuk mengisi perut yang kosong ini. Hasil daripada persetujuan kami telah memilih Ani sup utara untuk singgah makan di sana.
Keadaan amat meletihkan apabila magrin telah melanda aku. Hampir lemah badan kau tapi aku tetap gagahkan diri bagi memastikan tujuan kami berjalan dengan lancar. Selepas waktu rehat tengahari kami telah memulakan sesi tutorial bersama anak-anak di rumah tersebut, tergambar keriangan di wajah mereka apabila mereka di hargai. Namun dalam hati kecilku amat mengasihani mereka apabila kanak-kanak seperti mereka seharusnya tinggal bersama ibu bapa dan mendapat kasih sayang daripada keluarga mereka. Tetapi mereka tidak. Di saat itu aku rasa macam nak terbang balik kampung ku di Johor untuk memeluk kedua ibu bapaku. Betapa banyaknya salah aku kepada mereka yang tanpa disedari…ceh topik sedih pulak.
Tibalah masa yang amat dinantikan iaitu sesi penyampaian hadiah dan sambutan ulang tahun kanak-kanak di Rumah Amal Limpahan kasih tersebut. Pada waktu itu kami begitu sibuk untuk membuat persiapan untuk majlis ulangtahun mereka, masa tu kami mula lah meniup belon, menampal banner kecil di tiang rumah amal tersebut, tak dilupakan juga kami telah menyusun makanan dan air untuk diagihkan kepada anak-anak yatim disitu. Mereka begitu gembira sekali apabila menerima pelbagai hadiah daripada kami, dan masa majlis ulangtahun keriangan di wajah mereka begitu terserlah. Tapi perkara yang aku tak dapat lupakan apabila kami telah mengundang Miro dan Shuq untuk menyanyikan lagu, gaya mereka seperti superstar…haha..penghuni Rumah Amal itu begitu enjoy sekali dengan aktiviti kami, apatah lagi kami telah menyumbangkan burger mc Donald dan kek yang amat besar untuk mereka, selesai majlis kami telah bergotong-royong membersihkan kawasan di sekitar.
Manakala tepat pada jam 5.30 petang kami pun telah mengundurkan diri di Rumah Amal Limpahan Kasih tersebut, tergambar kesedihan di wajah mereka aku juga dapat merasakan di dalam hati mereka berkata “kak, abang jangan lupa datang lawat kami lagi ye”. Sedih sungguh dan sayu hati aku mengenangkan nasib mereka. Mungkin bukan kehendak mereka mahukan ditempatkan disitu, tapi takdir yang menentukkan segalanya. Ya kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Hidup ini juga seperti roda kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita juga akan merasa di bawah, Cuma kekuatan diri sahaja yang membuat kita mampu untuk bertahan.
Daripada pengalaman mengadakan aktiviti di Rumah Amal Limpahan Kasih baru aku sedar bahawa semua ahli kumpulan aku dan Broadcaster amat menyayangi kanak-kanak, daripada situ juga aku dapat mengenali mereka, rupanya otak kami semua sama, enjoy dan gila-gila. Sebab itu tugasan kami dapat dilaksanakan dengan begitu lancar hasil kerjasama kami semua. Terima kasih korang semua kerana kita semua berganding bahu tanpa ada rasa tidak puas hati mahupun pertelingkahan.
Saat itu rasanya aku hendak berterima kasih kepada Dr Normaliza kerana memberi pengalaman kepada kami semua perkara yang bernilai yang selama ini tidak kami ketahui dan sedari bahawa rupanya ada insan yang lebih teruk nasibnya daripada kami. Pengalaman ini tidak akan aku lupakan sehingga aku masih bernafas dan Rumah Amal Limpahan Kasih tetap menjadi kenang-kenangan dan insyaallah satu hari nanti aku akan berkunjung balik ke Rumah itu.
Tugasan kami tidak terhenti di situ, apabila kami telah ditugaskan untuk membuat video hasil daripada kunjungan di Rumah Amal Limpahan Kasih itu, kali ini tugasan ini lebih diberi perhatian oleh kaum-kaum lelaki dari program komunikasi dan kami hanya membantu dan berkerjasama untuk menyiapkan video ini. Maklumlah mereka lebih expert bab buat video ni. Kami telah menyiapkan video ini di bilik edit dan di sambung oleh mereka sehingga larut malam. Besar benar pengorbanan mereka sanggup bersengkang mat dan pulang lewat malam bagi menyiapkan tugasan yang di beikan.
Hasil daripada penat lelah dan pengorbanan kami akhirnya video ini dapat disiapkan, kini tibalah masa untuk kumpulan kami menunjukkan hasil kerja yang telah kami siapkan. Mainan lagu pelangi petang yang didendangkan oleh arwahyarham Sudirman telah mengusik hati kami dan dipaparkan video kami yang di edit dengan begitu menarik dan sempurna pada kami. Walaupun orang lain tak kata tapi kami dapat merasai kepuasannya. Diselangi dengan tepukan yang gemuruh kami melangkah ke tempat duduk denga begitu bangga…hehehe.
Tapi sayangnya pada akhir kelas aku tidak dapat menghadirkan diri kerana keadaan aku yang pada waktu itu kurang sihat, namun aku tak sabar untuk mengetahui tugasan dan apa yang berlaku semasa di akhir kelas itu, em dari aku dengar menarik dan seronok sekali. Tapi sayangnya aku tidak dapat merasa. Kini baru aku sedar matapelajaran bahasa dalam multimedia bukan sahaja platform untuk aku mendapat A dalam matapelajaran tersebut, tetapi pengalaman dan kenangan yang begitu menarik yang tidak boleh dibeli di mana-mana dengan wang kecuali kita merasainya sendiri. Aku juga merasakan perasaan ini bukan sahaja dihati aku seorang diri malah tersemat juga dihati kawan-kawan ku yang lain. Daripada bahasa dalam multimedia juga aku mula mengenali rakan-rakan yang lain selain itu sekaligus dapat mengeratkan silaturahim diantara kami yang sebelum ini belum terjalin.

Semoga bahasa dalam multimedia ini akan berterusan begini sehingga ke generasi yang baru dan akan masuk dan mengikutinya akan datang. Terima kasih banyak Dr Normaliza kerana memberi pelbagai kenangan yang indah kepada saya sepanjang mengikuti kelas ini, saya tidak akan lupakan kenangan ini sehingga saya bekerja kelak!

Gambar aku dan Lestary...







Tentang aku...


Nama aku Herni Shahzrin binti Ramli, tapi orang panggil aku Erin, aku ni orangnya ceria. Walaupun orang tengok aku macam sombong tapi sebenarnya aku ni peramah. Perkara yang paling aku suka ialah membeli-belah. Cita-Cita aku nak jadi ahli perniagaan yang berjaya. Apa-apa pun hidup ini kita mesti sentiasa bergembira tidak kira di mana sahaja...huhuhu

Gambar bersama Dr Lim Swee Tin


Antara kajian yang dihasilkan

1. Kesusasteraan Melayu Tradisional

2. Pantun

3. Peribahasa

4. Kesusasteraan Melayu Moden

5. Kritikan

6.Penulisan Kreatif

Antara Puisi yang dihasilkan dan dilagukan


Mencari Indah

Sedikit sahaja

bila nanti hujan reda

Avenue


Menanti


Di kolam ini


Sewaktu melintasi kundasang


pisau


yang sedang bercantum



Kita Masih Punyai Malam Untuk Bermimpi


telah


hidupmu ditakdirkan


terisi tangis rintihan


nasib menjadi mainan


kasih dan sayang


berbalam



sudah


kususri jalanan


tika debu berterbangan


senja merah kejauhan


kemanusiaan


sirna hilang.



pagimu


disaljikan peluru


siang


angin bawa khabar pilu


di sana letupan bergema


cinta kini


diberi makna berbeza.



wajah


di mana-mana teduh


di tengah hidup mengaduh


o, esokmu apakah janji


kita masih ada


malam untuk bermimpi.

Anugerah yang pernah diterima

1. Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1982-1983, 1984-1985 dan 1988-1989

2. Anugerah Puisiputra 11, melalui kumpulan sajak "Akrab"

3. Anugerah S.E.A Write Award, penghargaan tertinggi bidang kesusasteraan di Asia Tenggara oleh Kerajaan Di Raja Thailand.

Sajak yang dihasilkan

1. Kumpulan Sajak ‘Akrab’, DBP, 1985

2. Kumpulan Sajak ‘Menyusur Musim’, DBP, 1990

3. Kumpulan Sajak ‘Seorang Anak Kecil dan Sajak-sajak Lain/
A Child and Other Poems’, MASA Ent., 1993

4. Kumpulan Esei ‘Sketsa,’ DBP,1996

5. Kumpulan Sajak ‘Sebuah Fragmen Cinta’, DBP, 1998,2000
Antologi Sajak ‘Nota Waktu,’ Citra Publishing, 2000

6. Kumpulan Esei ‘Berkelana di Belantara Kata,’ Pustaka Nusa, 2002

7.Kumpulan Sajak ‘Citra Kurnia’, Pustaka Nusa, 2003,2004

8.Kumpulan Sajak ‘Memetik Mawar (Remaja)’, Citra Kurnia
Ent.,2003,2005

9.Kumpulan Sajak ‘Sukma Cemara,’ Citra Kurnia Ent.,2006

seminar yang disertai oleh Dr Lim Swee Tin

1. Penataran Karya Kesusasteraan di Indonesia, Jakarta – Malang, DBP,
6 – 30 November 1990, Peserta.

2. Pertemuan Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia, LIPI-DBP, Jakarta, 22
November 1990. Pembentang Kertas Kerja.

3.Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World Poetry
Reading)1990, DBP, Kuala Lumpur 1990, Peserta.

4. Hari Puisi Nasional ke-10, GAPENA-Persatuan Penulis P.Pinang, Pulau
Pinang,20-23 September 1991. Pembentang Kertas Kerja.

5. Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World Poetry
Reading) 1992, DBP, Kuala Lumpur 1992, Peserta.

6. Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World Poetry
Reading) 1996, DBP, Kuala Lumpur 1996, Peserta.

7. Seminar Penterjemahan Karya Sastera, Persatuan Penterjemah Malaysia,
UPM,26 Oktober 1996. Pembentang Kertas Kerja.

8. The Search for a New World Culture for the 21st Century Culture:
Asian Literary Perspective, The Washington Times Foundation
and The Internasional Culture Faoundation, Washington D.C.,
27 April – 5 Ogos 1997, Peserta Negara.

9. Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World Poetry
Reading) 1990, DBP, Kuala Lumpur 1998, Peserta.
Four Leading Poets from South East Asia, with Conjunction to Asian
Europe Summit (ASEM 2), London, 2 April 1998, Peserta
Negara.

10. Minggu Sastera Malaysia , Persatuan Penulis Johor-DBP, Johor Bahru,
28 November 1998, Pembentang Kertas Kerja.

11. Hari Puisi Nasional Malaysia ke-14, GAPENA-Kerajaan Negeri Sembilan-
DBP,Seremban, Negeri Sembilan, 29-30 Januari 1999,
Pembentang Kertas Kerja.

12. Pertemuan sasterawan Nusantara ke-10, dan Pertemuan Sasterawan
Malaysia 1,Kerajaan Negeri Johor-GAPENA-DBP, Johor Bahru,
Johor, 17-21 April1999. Pembentang Kertas Kerja.

13. Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World Poetry
Reading), DBP, Kuala Lumpur 2000, Peserta Negara.

14. Simposium Penulis Pelbagai Kaum 1, GAPENA-DBP-PUTERA, Miri,
Sawarak, 17-20 September 2000, Pembentang Kertas Kerja.

15. Anugerah Persuratan Asia Tenggara/South East Asia Award
(S.E.A.Write Award), Kerajaan Diraja Thailand, 10-23
September 2000,Bangkok,Thailand, Penerima Anugerah.

16. Concert for World Peace, Kerajaan Diraja Thailand, Bangkok,
Thailand, 25-28 Ogos 2001,Peserta Negara.

17. Taipei 2001 World Poetry Festival, Biro Kebudayaan Taipei, Taiwan
R.O.C,Taipei, 10-23 September 2001, Peserta Negara.

18. Hari Puisi Nasional Malaysia 2003, GAPENA-Kerajaan Negeri Selangor-
DBP,Shah Alam, Selangor, 2003, Pembentang Kertas Kerja.

19. Seminar Islam Hadhari, IKIM-Kerajaan Negeri Melaka, 18-19 Januari
2005,MITC,Melaka, Pembentang Kertas Kerja.

20. Hari Sastera Malaysia ke-13, GAPENA-Kerajaan Negeri Perak-DBP, Ipoh,
Perak, 2-5 September 2005. Pembentang Kertas Kerja.

21. Kuliah Kesusasteraan Bandingan Asia Tenggara (MASETRA), DBP-
FBMK(UPM), 25 Ogos 2005, Penganjur Bersama-Peserta.

22. Seminar Kesusasteraan Asia Tenggara (MASTERA), DBP, 29-30 November
2005,DBP Kuala Lumpur. Peserta.